Salam.....Monday, November 21, 2011
Hangatnya Konvokesyen Ke-13
Salam.....Friday, November 18, 2011
Biadap!
Berhadapan dengan kerenah manusia yang pelbagai memang cukup mencabar. Disamping kena pandai menyusun kata agar mereka yang dilayani memahami apa yang cuba kita sampaikan, kita juga kena bermain dengan psikologi. Bukanlah bermaksud kita hendak mempermainkan orang, tidak! Cukup sekadar mereka memahami cara kita bekerja....
Hari ni, saya berhadapan dengan seorang pelajar yang saya kategorikan sebagai biadap dan kurang ajar. Dari first time saya jumpa pun, memang pelajar ini tidak menunjukkan wajah yang ceria, sentiasa marah seperti orang yang mempunyai banyak masalah. Dia bertanyakan tentang cek dot, dot, dot kepada saya. Saya dah pun bagi penjelasan kenapa dan kenapa ceknya lambat keluar tapi hari ni, keluar satu perkataan yang saya rasa macam bom tetiba meletup kat atas kepala saya. Bodoh katanya. Hiss....walaupun mungkin dia mengatakan bodoh tu kepada orang yang in-charge bahagian pembayaran balik tapi saya rasa pelajar tersebut tak patut kata macam tu. Cuba dengar dulu penjelasan saya....dan fikirkan sebentar. Setiap masalah ada penyelesaiannya tapi kalau otak dah serabut macam tu, memang tak nampak jalan penyelesaian langsung.
Tazkirah Di Pagi Jumaat....
Salam......
Selamat berhari jumaat buat semua. Inilah tazkirah pilihan saya pada hari ni. Saya ambilnya dari sebuah laman web yang saya kira memang best lah....macam2 ada disana (pakarhowto). So...jom kita ambil ikhtibar dari cerita ini......
Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah dakwah bertajuk “Jalan-jalan Syurga” dan beberapa karya Islamik yang lain.
Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun.
Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya seraya berkata “Ayah! Saya dah bersedia”
Ayahnya terkejut dan berkata “Bersedia untuk apa?”.
“Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah”
“Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat”
“Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun”
Ayahnya menambah “Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini”
Dengan merintih anaknya merayu “Kalau begitu, benarkan saya pergi ayah?”
Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya.
“Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!”
“Terima kasih Ayah” Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.
Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya.
Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah “Jalan-jalan Syurga” ada pada tangannya. Dia berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu, namun gagal.
Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali.
Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan.
Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan.
Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Dan akhirnya pintu rumah itu dibuka.
Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an.
Mukanya suram dan sedih.
“Nak, apa yang makcik boleh bantu?”
Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.
“Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah”. Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.
“Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu.” kata makcik itu dalam nada yang penuh lembut.
Minggu berikutnya sebelum khutbah solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan sedikit tazkirah.
Sebelum selesai tazkirahnya dia bertanya “Ada sesiapa nak bertanya atau menyatakan sesuatu.”
Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah
perempuan separuh umur itu.
“Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim. Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan
dalam dunia ini”. Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.
“Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher.
Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi”.
“Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu”
“Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat”.
“Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik” itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar”.
“Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka…..Aku tak perlukan itu lagi”.
“Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu, ALLAH Maha Esa.
Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka”
Semua para jemaah mengalirkan air mata. Mereka mengucap syukur pada Allah. Ramai juga yang bertakbir, ALLAHUAKBAR!
Imam lantas meluru menuju ke arah anaknya dan terus memeluk anaknya yang berada di bahagian saf hadapan dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.
Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.Thursday, November 3, 2011
Suka duka bertugas di kaunter.....

Hari ni saya tak ok sangat coz tak berapa sihat sejak dari kelmarin. Tapi saya cuba untuk bertugas dengan baik pada hari ni walaupun mungkin, mood saya ada panas sikit...ehehehehehehhehe. Jangan bimbanglah...saya tak akan makan orang cuma senyum tu je yang kurang.
Oklah....hari ni saya nak luahkan sikit rasa dihati sepanjang bertugas di kaunter ni. Walaupun pengalaman saya masih setahun jagung tapi rasanya 80% dari kerenah manusia sudah saya ketahui. Semuanya kerana saya berurusan dengan pelbagai bangsa, umur dan pastinya kerenah yang berbeza-beza. Kadang-kadang saya mengeluh juga bila berada di kaunter ni...yalah, ada sesetengah manusia yang datang berjumpa dengan saya tidak menghormati saya yang cuba memberi perkhidmatan yang terbaik kepada mereka. Bercakap sesedap hati bila apa yang mereka mahukan tidak diberikan. Walhal saya akan memberikan alasan yang logik bila mereka membuat permintaan yang tidak logik.
Kebanyakan yang berbuat demikian adalah pelajar sendiri. Marah memang marah tapi memandangkan mereka ni adalah golongan yang masih diperingkat belajar so..saya abaikan. Cuma kena ingat, Allah S.W.T. Maha Adil! Satu hari nanti mereka yang melakukannya pasti akan mendapat balasannya juga. Kalau bukan saya, mungkin orang lain. That's why bila saya berurusan di kaunter jabatan lain, saya sentiasa cuba tidak menyusahkan mereka coz saya faham mereka sepertimana saya memahami diri saya yang juga menjaga Kaunter!
Friday, October 28, 2011
Hari yang membingungkan.....

Hari ni, saya bingung sikit coz melayan student didepan dan menjawab panggilan telefon dalam masa yang serentak. Sampaikan rakan sekaunter saya, marah ngan saya bila saya tidak bertanya dengan detail tentang panggilan yang saya terima...ehehhehehe.
Terima je lah...dah memang salah saya cuma kadang2 terasa hati juga bila menerima teguran pedas dari dia. Hem...kadang2 saya wish pula agar dia janganlah berada di kaunter ni. Lapang hati saya...ahahahha. Jahatkan saya?
Oklah...hari ni, saya happy sikit. Yelah...esok ngan lusa cuti. Isnin pula saya memang bercuti...rehat dulu. Penat betullah sepanjang dua minggu ni.........
Thursday, October 27, 2011
Bz tahap gaban......

Buat entah ke berapa kalinya....saya membuatkan MyLove penuh dengan sarang labah-labah. Hiss....malas betul saya sejak akhir2 ni meng'update'nya. Kadang2 saya tak ada idea nak cerita apa disamping sifat malas yang semakin bermaharajalela dalam diri saya...ehehehehehehe.
Tak apalah...yang penting MyLove tetap wadah tempat saya meluahkan apa yang saya rasa selain dari diari hitam saya. Dipendekkan cerita...dalam seminggu lebih, saya tinggal dirumah kakak ipar saya. Almaklumlah..myhubby ada disini so rumah kakak lah yang menjadi tempat persinggahan sementara kami suami isteri. Sepanjang masa itu juga, saya rasa happy sesangat. Masalah yang ada di kepala, saya lupakan sebentar. Di tambah lagi, di tempat kakak ipar saya tu sunyi ja...jauh dari kesibukan kota. Dimana? Kiulu.....beb.
Setiap hari, saya berjalan kaki dari rumah hinggalah ke jalan besar. Bagi orang lain, menyusahkan tapi entah kenapa....saya menyukainya. Malah...saya lebih rasa ok bila dapat berjalan kaki, dapat dating ngan abg tersayang...ahahahahhaha.
Selain dari itu, seakarang ni...saya bertugas kembali di kaunter pelajar. Memula dapat arahan tu, saya rasa susah hati. Yelah...berhadapan dengan orang bukanlah tugas yang mudah. Tambahan pula, saya memang pendiam sikit orangnya. Nak menjawab satu2 soalan yang dikemukakan pada saya, kena ada caranya. Maklumat pun kena betul. Tapi arahan tetap arahan, ikut je lah...manalah tau ada hikmat disebaliknya. So sekarang ni, setiap hari saya akan berada di kaunter pelajar. Masa rehat barulah saya ke meja saya sendiri.....harap2 saya akan ok dengan tugasan ni.
Oklah.....selamat bertugas semua. Semoga hari kita akan berlalu dengan baik pada hari ni......
